Sememangnya anda wanita sebelum ini tidak mengambil berat berkenaan apa yang anda wajib ketahui secara lebih terperinci tentang bahan apakah yang diletakkan di dalam Gincu yang anda gunakan seharian?
Sekiranya anda 'teruja' untuk mengetahui bahan apakah penyebab "Pembunuh WANITA nombor satu di dunia" ketika ini, luangkanlah sedikit masa berharga anda untuk membaca penerangan saya di bawah ini.

Bagaimanakah Gincu Menjadi Penyebab 'Kanser'?
1) Gincu-Gincu yang diuji oleh sebuah kumpulan hak pengguna di Amerika Syarikat mendapati bahawa lebih separuh daripadanya mengandungi plumbum atau logam"Lead".
2) Kumpulan ini telah mengadakan 'Kempen Kosmetik Selamat' dan telah mengujigincu-gincu merah daripada 33 jenama dengan menggunakan khidmat Kumpulan Penguji Bodycate dari Santa Fe Spring, California. Hasilnya ia mendapati 61 peratus daripada gincu-gincu itu mempunyai kadar plumbum di antara 0.03 hingga 0.65 bahagian persejuta.
3) Gincu-Gincu tersebut termasuk daripada jenama terkenal seperti klik sini telah diuji positif mengandungi lebih banyak plumbum atau lead daripada jenama-jenama lain. Sepertiga daripada gincu tersebut didapati mengandungi kadar plumbum melebihi had 0.1 bahagian per sejuta yang telah ditetapkan untuk gula-gula oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika (FDA).
Pihak FDA belum lagi menghadkan apakah kadar plumbum yang selamat dalamgincu.
4) Gincu seperti gula-gula, mudah masuk ke dalam tubuh. Sekiranya termakan, ia akan menimbulkan berbagai masalah kesihatan termasuklah kanser.
Apakah itu Plumbum atau Lead?
Plumbum merupakan bahan kimia yang telah digunakan berkurun-kurun lamanya. Ia diklasifikasikan sebagai logam berat yang tidak mempunyai sebarang faedah dari segi kesihatan dan disifatkan sebagai racun. Apabila seseorang tersentuh atau terhidu sesuatu benda yang mengandungi plumbum, ia boleh meresap masuk ke dalam badan dan kekal di dalamnya dalam tempoh yang lama.
Apakah Plumbum merbahaya?
Ya, Plumbum boleh menyebabkan masalah pembelajaran, kurang beri tumpuan, penguasaan bahasa dan tingkahlaku seperti lemah dalam pelajaran serta tabiat lebih agresif. Wanita hamil dan kanak-kanak kecil paling mudah terjejas.
Untuk wanita pula ia boleh menyebabkan kanser buah dada, masalah mandul, keguguran, menganggu sistem peredaran darah dan bengkak bibir yang serius.
Mengapakah Plumbum dimasukkan ke dalam Gincu?
Soalan yang bagus... Plumbum atau Lead dimasukkan ke dalam Gincu untuk menjaga agar bibir tahan pengoksidaan udara (oxidation), tahan air (waterproof) & tahan lebih lama (long lasting) terutama yang berjenama dan diimport.
Pernahkah anda mengalami bengkak-bengkak bibir atau bibir anda menjadilebam dan hitam seperti di bawah ini?

Ya.. Ini adalah salah satu contoh kesan logamPlumbum yang paling ketara yang terdapat dalam Gincu yang kita gunakan seharian. Saya percaya , ramai wanita di luar sana yang mengalami masalah ini. Tidak terhad pada Gincu mahal ajeGincu murah pun berpotensi untuk merasai kesannya pada bibir mungil anda.