�Saya pernah ditawar dengan kemewahan, termasuk wang ringgit, untuk menjadi teman sosial,� kata Wafa Johanna de Corte, 19, model kacukan Melayu-Belanda.
Menurut gadis berketinggian 175 sentimeter ini, dunia peragaan tidak ubah seperti selebriti. Ketika berada di kemuncak, ramai ingin mendekati, terutama golongan kaya yang menawarkan �sesuatu� bagi tujuan menjadi teman peribadi.

�Mungkin anggapan individu tertentu, model mudah diperdaya dengan kehidupan mewah, sedangkan tidak semua sedemikian.
�Saya menolak kerana saya membabitkan diri dalam peragaan disebabkan minat. Biar saya naik dengan cara terhormat kerana saya mahu mereka menghormati profesyen ini. Mujur mereka memahami dan tidak mendesak,� katanya gadis kelahiran Damansara ini.
Penuntut Kolej Segi Damansara ini berkata, bidang peragaan baginya adalah persinggahan sementara sebelum mengejar impian menjadi wartawan penyiaran.
�Saya tidak menyangkal segelintir orang mengatakan mereka sanggup �mati� untuk menceburi bidang ini. Anggapan mereka, kehidupan model mewah dan penuh glamor. Boleh pakai busana pereka terkenal dan mengenakan kosmetik berjenama antarabangsa.
�Hakikatnya, kerjaya ini ada turun naiknya. Ada yang boleh pergi jauh, tidak kurang juga bergelar peragawati �suam-suam kuku� kerana persaingan hebat dalam kalangan gadis muda.
�Bagi saya berbeza, kerja ini tidak menjamin untuk masa depan, tetapi saya memilih kerana minat.
Malah, dengan hasil pendapatan peragawati ini juga saya membiayai pengajian di kolej,� katanya. Mendapat sokongan penuh ibu tercinta, Wafa bersyukur tidak menghadapi pengalaman buruk sepanjang pembabitan dalam bidang itu.
+-+Wafa+Johanna+de+Korte+02.jpg)
�Laluan karier saya dipantau penuh oleh ibu. Dia sering teman saya mengikuti penggambaran di luar, terutama bagi jurugambar yang dia tidak kenal.
�Sebaik mampu berdikari, saya tidak ditemani, namun biasanya saya memaklumkan di mana atau dengan siapa saya keluar,� kata pemenang New Face Model Search 2011 ini.

Wafa berkata, pengalaman menjadikan dia lebih matang untuk menangani cabaran dan godaan serta memilih sebarang acara yang ingin dijayakan.
�Bukan meletakkan harga mahal selepas popular, cuma saya perlu bijak mengenal pasti ruang serta peluang sepanjang bergiat dalam bidang ini,� katanya.