ADAKAH perhubungan di antara aktres Emma Maembong dan Kamal Adli menjadi semakin serius sejak aktres itu mengakui sudah putus cinta dengan pelawak terkenal, Zizan Razak.
Jika sebelum ini Kamal dikatakan sebagai orang ketiga dalam perhubungan mereka namun menerusi satu sumber memetik akhbar harian, Kamal dan Emma dikhabarkan sudah semakin rapat di antara satu sama lain.
Khabarnya, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan ahli keluarganya dan nampaknya perhubungan mereka kini sudah pun memasuki fasa serius.
Sumber tersebut mengatakan, “betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta”.
“Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka.
“Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu,” kata sumber itu lagi.
Namun sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pasangan ini bagi menjawab dakwaan tersebut.
Kamal kembali solo selepas hubungan cintanya selama enam tahun dengan pelakon Intan Ladyana putus di tengah jalan, tahun lalu.
Sementara perhubungan Emma dan Zizan sering kali dilanda masalah sehingga pasangan ini mengambil kata putus memutuskan ikatan cinta di antara mereka, baru-baru ini.
Kalau betullah seperti mana yang dikatakan, tak salah rasanya untuk mereka berkasih-kasihan memandangkan kedua-duanya pun dah kembali solo. Tak begitu Emma dan Kamal?