Tanda Hamil Anak Lelaki, Ikut Petua Orang Lama
Tentu sekali teruja bila mengetahui diri ini hamil. Terasa bagaikan tidak percaya!
Tentu sekali tertanya-tanya, apakah jantina bayi yang bakal lahir ini? Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang mahukan anak lelaki. Apa tidaknya, mungkin sudah ada anak perempuan, mahukan sepasang pula. Barulah lebih meriah rumahtangga.
Jika anda mengandung anak lelaki, berikut ialah tanda hamil anak lelaki:
- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’
- Anda tidak mengalami ‘morning sickness’
- Wajah anda berseri-seri
- Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
- Kulit anda kering
- Hidung kelihatan lebih kembang
- Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
- Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
- Sering diserang sakit kepala
- Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
- Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
- Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
- Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing-pusing bermakna anda hamil anak lelaki.
- Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.
*Nota: Informasi di atas ini cuma sekadar panduan