Baru-baru ini, British Broadcasting Corporation, BBC telah menerbitkan dua episod program khas mengenai Kesihatan Pergigian,
Ia bagi membuktikan kesihatan gigi adalah berkait rapat dengan sistem imunisasi tubuh badan seseorang.
Jika seseorang itu tidak menggosok gigi selama dua minggu, risiko menghidap penyakit kencing manis dan sakit jantung akan bertambah.
Professor Akademi Pergigian di Universiti Bermingham, Lain Chapple, membiarkan peserta yang diambil untuk membuat ujiakaji memasang pendakap gigi pada sebelah giginya.
Seperti biasa peserta tersebut menggosok giginya selama dua minggu, sebelah gusi gigi yang memasang pendakap gigi, mula kelihatan keradangan dan berdarah.
Apabila darah itu dibawa untuk ujian, didapati keradangan dan berdarah yang berlaku telah memberi kesan terhadap keseluruhan sistem daya imunisasi, darah 'luekocyte' yang berfungsi untuk mempertahankan jangkitan virus menjadi lembap, akibatnya daya ketahanan seseorang itu menurun.
Menurut Lain Chapple, ujian yang hanya dijalankan selama dua minggu itu, dalam jangka masa pendek kerandangan yang berlaku pada gusi gigi, ianya tidak menjejaskan kesihatan untuk jangka masa panjang dan akan pulih dalam masa terdekat.
Tetapi jika keadaan itu dibiarkan berterusan, darah 'luekocyte' dalam badan akan mengalami penghabisan tenaga yang berpanjangan dan badan berdepan keradangan kronik, seterusnya boleh memberi kesan ke atas organ lain serta sistem perdarahan seseorang itu.
Kajian perubatan menunjukkan situasi ini mungkin akan menyebabkan sakit jantung, diabetes jenis 2, gangguan kognitif, strok dan kemungkinan menghidap penyakit barah.