BEUNOS AIRIES – Seorang remaja perempuan telah dirogol beramai-ramai sebelum kedua-dua matanya dicungkil oleh kakaknya.
Merujuk kepada Mirror, kejadian ngeri itu berlaku di bandar General Pinedo, yang terletak di utara Argentine wilayah Chaco.
Ritual kejam dan tidak berperikemanusian itu dilakukan atas arahan paderi di General Pinedo. Keluarga mangsa percaya gadis itu telah dirasuk oleh makhluk halus menyebabkannya sering terbayang-bayang kelibat binatang seperti kambing di dalam kepalanya.
Menurut cerita kakak mangsa, dia telah diberikan sebilah pisau tajam oleh paderi berkenaan untuk digunakan mengcungkil mata adiknya itu kerana percaya cara berkenaan dapat memulihkan adiknya. Ibu dan bapanya turut bersetuju setelah mempercayai kata-kata paderi berkenaan.
Gadis berusia 16 tahun itu kini dikatakan sedang nazak bertarung nyawa di unit rawatan rapi hospital Perrando de Resistencia.
Pesuruhjaya Polis, Pablo Almiron memaklumkan bahawa remaja berkenaan turut mengalami kecederaan di bahagian alat sulitnya dan mereka yang merogolnya dalam upacara pemujaan aneh tersebut akan ditangkap.
“Dalam masa 22 tahun saya berkhidmat dengan pasukan polis, inilah kali pertama saya melihat kes yang begitu mengejutkan dan lebih dahsyat dilakukan oleh ahli keluarga sendiri pula.
“Begitu juga dengan pendakwa raya. Mereka juga baru pertama kali berdepan dengan kes yang kejam ini. Sukar untuk dibayangkan perkara seperti ini boleh berlaku kepada seorang remaja,’’kata Almiron.